Pengasas kami di CariNamaBisnes.com iaitu En Nur Firdaus bin Muhammad merupakan seorang akauntan bertauliah dan setiausaha syarikat yang berlesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia @ SSM. Berdasarkan kelebihan dan pengalaman yang kami ada, kami tawarkan perkhidmatan berkaitan seperti penyediaan laporan kewangan bisnes @ servis akauntan luar @ buat kira untung rugi bisnes ( terma berbeza tapi maksudnya hampir sama ), khidmat nasihat mula bisnes dan naik taraf, dan lain-lain yang berkaitan.
Berurusan dengan pelanggan kami, mencadangkan nama bisnes, beri info asas branding yang berkait soal penggunaan perkataan yang sesuai adalah merupakan rutin harian beliau.
Millionmind Business Solutions - AS0345751-X
Mengusahakan secara separuh masa perkhidmatan perakaunan kepada peniaga. Kebiasaanya dokumen yang disediakan adalah bagi kegunaan proses kira cukai dan proses pengisytiharan pendapatan kepada pihak LHDN.
Millionmind Business Solutions Sdn. Bhd. - 1181212-T
Menaik taraf perniagaan kami kepada tahap Sdn Bhd. Mengembangkan lagi bisnes dan perkhidmatan yang ada. Tidak lama selepas itu menukarkan nama syarikat kepada Millionmind Sdn. Bhd.
Trafik Dagang - MA0269344
Ramai terkesan kepada PKP termasuk lah kami, jadi penstrukturkan semula syarikat kami dibuat. Masih mengusahakan bidang yang sama tetapi menukarkan pemilikan perniagaan kepada pemilik lain. Tapi tugasan setiausaha syarikat dan akauntan kepada klien yang sama masih berjalan seperti biasa.
Nur Firdaus Corporate Services - NF2137
Didaftarkan sejak 2020 lagi tetapi memulakan operasi secara rasmi pada Januari 2024. Ditubuhkan bagi mengasingkan perkhidmatan yang disedikan, firma ini difokuskan kepada tugasan sebagai akauntan bagi perkhidmatan berkaitan penyediaan laporan kewangan.
June 2025
Kenapa wujud
CariNamaBisnes.com?
Dengan pengalaman kami, menjalankan perkhidmatan professional, mengulang proses sama semasa menaikkan bisnes kami, Kini kami mulakan pula CariNamaBisnes.com untuk kembangkan lagi pengkhususan kepada penciptaan perkataan baru yang boleh beri maksud tersendiri buat pendiri bisnes dan mampu berdiri sebagai sebuah brand yang punyai identiti sendiri.